Pertama kali dalam tahun 2012 atikah post blog. Fuh! dah lama kan dibiar begitu sahaja? Last update 2010! Bayangkan 2 tahun tak update, ish3. Hehe. Maaf lah blog, lepas ini, InsyaAllah lebih giat untuk meng'post' apa sahaja yang boleh di post di sini. Kita berkongsi bersama-sama suka dan duka dan juga kekalutan dalam kesempurnaan, ya blog? Tetiba teringat coolblog. :D Hee. Em, banyak cerita sebenarnya hendak di cerita. Tapi, apa kan daya, sekadar tulis kat note dalam laptop ini sahaja, kira masa 2 tahun tinggalkan blog, nak mengasah bakat menaip banyak dan nak mengasah bakat nak berkongsi cerita. Heee. Korang pun ada jugak note kan? Kira note tu macam diari jugak.
Oke, sebenarnya nak cakap tentang ujian yang mendatang ni.
Kekadang tu, agak frust bila kita jawap soalan, tak dapat markah yang disasarkan. Kan? Tapi depend on usaha. If sebelum soalan tu kita tak baca nota atau baca sekali dua kali imbas, memang patut dapat markah yang tak berapa baik, sebab usaha yang kita buat pun tak banyak. Cuma, yang tak best nya, bila kita dah usaha, ada jugak individu yang sesama jawab soalan berbincang dan dapat markah lebih tinggi dari kita. Fiuhh ! Bak kata Hilal Asyraf dalam novel TAKDIR : Takdir di hujung usaha manusia. :)
Apapapun, teringat kata seorang sahabat, biarlah lambat nampak hasil usaha kita (lagi cepat nampak hasil dari usaha tu lebih baik jugak), sabar dan keberkatan dalam belajar ni lebih nikmat dari nampak hasil/keputusan dengan cepat tapi dengan cara yang tak berkat. Moga terus kuat !
Akhir kata : Moga sentiasa dilimpahi oleh keberkatan Ilahi. Amin :)